Kelebihan, keutamaan, dan manfaat surah Al-Ikhlas

Kelebihan, keutamaan, dan manfaat surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas 
Assalamualaikum Wr.Wb

Kalian memang menganggap surah Al-Ikhlas adalah surah yang pendek dan ada dari kalian yang meremehkan surah Al-Ikhlas, bahkan ada yang membaca surah Al-Ikhlas dengan bacaan yang tidak seharusnya. Dalam islam, pengucapan kata arab yang salah dan tidak betul panjang pendeknya maka artinya menjadi lain bahkan mungkin bisa menjadi kata-kata yang kasar. Nah, untuk itu saya membagikan kepada pembaca sekalian kelebihan membaca surah Al-Ikhlas



Keutamaan

  • Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 



Manfaat

Adapun manfaat dari surah Al-Ikhlas yang disabdakan oleh Nabi SAW yang berbunyi :


  • Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)

Kelebihan

Mungkin kelebihan membaca Al-Ikhlas ini, banyak yang tidak akan percaya. Kenapa? karena dengan membaca surah Al-Ikhlas ini kita bisa langsung qatam Al-Qur'an. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Sekian artikel tentang Kelebihan, keutamaan, dan manfaat surah Al-Ikhlas yang dapat kami sampaikan, mohon maaf jika ada kekurangan dan kelebihan yang terjadi karena kami manusia tidak luput dari kesalahan :)

0 Response to "Kelebihan, keutamaan, dan manfaat surah Al-Ikhlas "

Posting Komentar

wdcfawqafwef